Matlamat Penubuhan MID


 ♥ Sebagai pemangkin untuk masyarakat setempat melangkah ke era Teknologi Maklumat berasaskan ICT (Information  Communication Technology).
 ♥ Sebagai pusat latihan setempat untuk menyediakan dan menjalankan latihan penggunaan perisian dengan menggunakan asas kebudayaan setempat.
 ♥ Sebagai nadi penggalak kepada ibu bapa menyediakan kemudahan komputer menurut matlamat ‘satu rumah satu komputer’.
 ♥ Sebagai pusat membaiki dan menjual komputer kepada masyarakat setempat dengan kos yang amat berpatutan.
 ♥   Menyedarkan masyarakat luar bandar tentang kepentingan komputer di dalam aktiviti harian dan masa hadapan generasi muda sekarang.
 ♥ Sebagai satumedanuntuk masyarakat luar bandar melangkah ke arah generasi celik komputer yang akan menggunakan kemudahan komputer untuk meningkatkan potensi diri sebagai ketua keluarga dan ketua dalam masyarakat.
 ♥ Membuka minda masyarakat luar bandar tentang e-ekonomi dan e-dagang serta arus ekonomi bersumberkan maklumat bukan hanya sekadar ekonomi itu datangnya dari yang sedia ada seperti tanah, buruh dan sumber asas.

No comments:

Post a Comment