Perutusan Pengurus MID KG Balairaya Asahan






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan..
Selamat datang saya ucapkan kerana sudi melayari blog Medan Infodesa Kg Balairaya Asahan.

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya maka terhasillah blog Medan infodesa Kg Balairaya Asahan yang tidak seberapa ini. Saya amat berharap dengan wujudnya blog ini akan masayarakat luar dapat mengenali peranan MID dengan lebih dekat dan fokus-fokus utama MID dapat dikenalpasti dengan lebih jelas lagi. 

Insyaalah segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Medan Infodesa Kg Balairaya Asahan akan dipaparkan di dalam blog ini. Sekiranya terdapat komen mahupun cadangan aktiviti bolehlah dikongsi bersama. Cadangan anda mungkin akan dapat membaiki perjalanan Medan Infodesa.

Sekian sahaja dari saya selaku Pengurus Medan Infodesa KG Balairaya Asahan.  Sekian Terima Kasih

Darinah binti Daud
Pengurus Medan Infodesa Kg Balairaya Asahan

No comments:

Post a Comment